Friday 22 February 2013

Terapi ooo terapi


Alhamdulillah pada 23 feb iaitu hari ini dapat bawa amni sekali lagi bertemu doktor wan di kg sitiawan. Bertemu dengan doktor wan buat kali kedua amat menyenangkan.mungkin die dah biasa berurusan dengan parents yang mempunyai anak seperti kami..anak syurga.

Seawal 5 pagi kami bertolak dari rumah. Dengan harapan menjadi orang yang pertama...hehe,Namun bile tibe disana ada orang yang lagi awal rupenye...hehe..so kami menjadi orang yang kedua..Asalnya amni jaga tp sebab lama sangat tunggu amni terlena di dalam kereta.Ibu dan abah bergilir solat subuh di surau sebab kena dukung adik baby.

setibenya giliran kami,amni tgh tidur...seperti biasa bile dipegang je oleh doktor amni mula memulakan lontaran vokalnye..hehe.menangis la tu. Doktor berpendapat bahawa amni ni meningitis..saya pun x tau apa yang dimaksudkan,namun doktor menerangkan kepada kami tanda2 gejala itu n yessss amni memamg ada tanda itu..doktor pun mencadangkan ubat untuk memulihkan sistem dalamannya..kerana menurutnya mungkin ada internal bleeding. Tapi doktor kata ubat tu mahal sikit la so terus terpikir ribu riban tp rupenya ratus je...hehe..ok la tu..

Doktor pun mula melakukan terapi dan diselangi dengan lontaran vokal amni.Doktor cuba cuba mencari titik masalah kerana dari situ barulah boleh merawatnya...Alhamdulillah amni pun kurang menangis berbanding terapi di hopital manjung..maybe sentuhan doktor wan dengan sentuhan kasih sayang...hehe.

Apa yang seronoknya,doktor wan memberi keizinan kepada kami untuk datang tanpa ada appointment kerana menurutnya amni mmemang memerlukan rawatan..tq doktor...so selepas abah belayar nanti insyaallah akan bawa amni lebih kerap berjumpa doktor wan..

sampai rumah dalam kol 7.30...ibu terus menyiapkan beg pakaian kakak dan adik untuk antar ke rumah pengasuh..alhamdulillah ibu sampai ke sekolah pukul 8 dan tak terlewat..maklumla selalu lewat ke sekolah.hhihik.,,,


No comments:

Post a Comment