Friday 22 February 2013

Terapi ooo terapi


Alhamdulillah pada 23 feb iaitu hari ini dapat bawa amni sekali lagi bertemu doktor wan di kg sitiawan. Bertemu dengan doktor wan buat kali kedua amat menyenangkan.mungkin die dah biasa berurusan dengan parents yang mempunyai anak seperti kami..anak syurga.

Seawal 5 pagi kami bertolak dari rumah. Dengan harapan menjadi orang yang pertama...hehe,Namun bile tibe disana ada orang yang lagi awal rupenye...hehe..so kami menjadi orang yang kedua..Asalnya amni jaga tp sebab lama sangat tunggu amni terlena di dalam kereta.Ibu dan abah bergilir solat subuh di surau sebab kena dukung adik baby.

setibenya giliran kami,amni tgh tidur...seperti biasa bile dipegang je oleh doktor amni mula memulakan lontaran vokalnye..hehe.menangis la tu. Doktor berpendapat bahawa amni ni meningitis..saya pun x tau apa yang dimaksudkan,namun doktor menerangkan kepada kami tanda2 gejala itu n yessss amni memamg ada tanda itu..doktor pun mencadangkan ubat untuk memulihkan sistem dalamannya..kerana menurutnya mungkin ada internal bleeding. Tapi doktor kata ubat tu mahal sikit la so terus terpikir ribu riban tp rupenya ratus je...hehe..ok la tu..

Doktor pun mula melakukan terapi dan diselangi dengan lontaran vokal amni.Doktor cuba cuba mencari titik masalah kerana dari situ barulah boleh merawatnya...Alhamdulillah amni pun kurang menangis berbanding terapi di hopital manjung..maybe sentuhan doktor wan dengan sentuhan kasih sayang...hehe.

Apa yang seronoknya,doktor wan memberi keizinan kepada kami untuk datang tanpa ada appointment kerana menurutnya amni mmemang memerlukan rawatan..tq doktor...so selepas abah belayar nanti insyaallah akan bawa amni lebih kerap berjumpa doktor wan..

sampai rumah dalam kol 7.30...ibu terus menyiapkan beg pakaian kakak dan adik untuk antar ke rumah pengasuh..alhamdulillah ibu sampai ke sekolah pukul 8 dan tak terlewat..maklumla selalu lewat ke sekolah.hhihik.,,,


breastpump baru

Mmmmm...bulan ni mmg banyak pakai duit la...breastpum pulak rosak..ish ish...ada beli pam yang letrik tu susah pulak nak guna kat sekolah..abis semua dengar nanti so kena juga beli pam manual yang baru...so godek2 fb beli kat kids n avent..teman sekasut gak yang jual tu...memang terbaik la perkhidmatannya..banyak gak barang beli kat situ...jeng jeng jeng ni la pam baru tu...


ni pulak pam yang dah masuk tong sampah...tapi pam ni memang banya berjasa..dari amni hingga al amin..tq pam first year...


yang ni pulak pam letrik yang ibu beli gak masa akhir tahun 2012...cadang nak let go tapi sayang la plak sebab bagus gak..khidmatnye sangat bagus..dapat banyak oz dalam 10 minit..x letih pun nak pam..tapi cuma susah nak bawa ke keje sebab tempat pam tak de sambungan letrik..inilah pam nye jenama rumble tuff..



Ape2 pun semuanya terbaik...alhamdulillah adik masih lagi full bf..

perkembangan yang baik

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat2 sebab adik pun dah kurang ragamnya.so dapatla ibu tumpukan perhatian pada si kakak anak syurga ibu ni...time abah pi belayar ibu kena bawa amni terapi kat hospital sendirian.adik ibu tinggalkan di rumah pengasuh.amni pun macam faham je yang ibu penat balik keje kena pi hospital pulak bawa kakak.time ibu bawa dia pun tak banyak karenahnya..diam je bila ibu dukung..cuma time terapi memang tak dapat dielak la,anak syurga ibu ni melalak bagai..penutupnye mesti ngan sleeping beauty nye tu...geram gak ibu tengok ..hihihi..takpelah walau pun mcm tu ibu selalu peratikan kakak suka wat terapi sendiri2.kalau guling2 tu angkat2 kaki laju2....angkat kepala,angkat pungkuk macam nak merangkak..berbunga hati ibu nak melihat perkembangan mu...alhamdulillah syukur ya allah..walaupun dimata orang perkembangan itu hanya sekelumit cuma tapi bagi ibu itu sangat besar..kamu mau berusaha nak..semangat kamu kuat...ibu yakin anak ibu pasti boleh...
Esok abah kamu nak belayar ke singapura pulak..tinggal la kita 3 beranak..ibu harap kamu berdua tunjuk la perangai elok2 tau...adik dan kakak jantung hati ibu..
Esok juga nak bawa kakak pagi2 pegi terapi kat dr wan di kampung sitiawan..semoga usaha ibu dan abah ni membawa perkembangan dan kemajuan yang lebih besar untuk anak syurga ibu ni...
walaupun kadang2 ibu rasa sdih kamu membesar dengan cara kamu,ibu yakin semua ni ada hikmahnya..kamu membuatkan ibu lebih sabar...wallahualam...ibu kena kuat untuk mu AMNI NAJIHAH anak syurga ibu yang tercinta.




gambar masa pegi hotspring sungkai....hepi la tu''''