Monday 26 November 2012

breastpump

Aku terfikir-fikir nk beli breastpump yang baru.
sebelum ni masa bersalin kat amni,husband beli manualbreastpump jenama first year..harganya dalam rm199.00..lepas habis je bersalin,aku teringin nak beli breastpump yang electric so aku pi manjaku beli breastpump jenama littlebean.harganya dalam rm299.Pada awalnya aku gunakan yang elektic tu tp macam tak best je sbb tak leh pam depan tv so aku beralih balik pada pam manual.lagipun yang letrik tu plak macam dah rosak tapi my husband pebaik bolehla guna tp mcm tak sedap je...so kalau ke tempat kerja aku bawa yang manual...sekarang setelah bersalin al amin aku rasa mcm nak beli pam yng baru lak..so aku google kat internet..teringin nak beli medela freestyle tp mahal sgt ..so aku cdg nak beli yang double pump jenama rumble tuff.harap2 ok la...jom kita layan koleksi breast pump yang ku miliki
baru tempah x dapat pun lg.

Tuesday 20 November 2012

Terkenang saat dulu :-)

Aku berkahwin pada 8 nov 2008.4 tahun sudah usia perkahwinanku..Alhamdulillah aku telah dikurniakan sepasang cahaya mata.6 bulan berkrahwin,aku masih belum berjaya pregnant.belum rezeki kataku kepada yang bertanya.pelbagai persoalan yang perlu aku jawab.pernah satu ketika seorang makcik tu berkata"entah2 diorang ni xdak anak nanti sama seperti paknjang dan pakndak suami yang kebetulan masih belum mempunyai anak.geram sungguh mendengar kata2 makcik itu lantas aku berkata kepadanya."amboi sedap mulut bercakap".terdiam dia tatkala ku berkata demikian.itu satu kisah.Di kisah yang lain plak,jiran ku yang asyik bertanya dah ada isi ke belum merupakan jiran yang amat prihatin hinggakan ada kata2nya yg sukar di lupakan hingga kini iaitu "hampa ni reti ke idak" soalan yg amat bodoh bagiku tp aku maafkan je lah die sbb maybe die x sedar akan kata2 itu amat menyakitkanku...hinggalah 6 bulan usia perkahwinan.....
aku mencuba pelbagai ikhtiar bg memudahkan ku hamil.Antaranya mkn ubat sendayu tinggi,alpha lipid,serta berurut.aku berurut di titi serong dan membawa mak menemaniku.maklumla ,masa tu suami keje kt langkawi.menurut tukang urut tu terdapat ketulan dalam perut ku seolah aku sedang hamil namun pada ku mustahil kerana  baru je habis period.Dia menasihatiku agar melakukan scan.Aku dengan segera menelefon suami memberitahunya dan suami ku balik untuk menemaniku membuat ultrasound.pada mulanya aku ke sebuah klinik keluarga biasa tp swasta la.Doktor tu kata memang ada ketulan yg perlu dibuang namun dia tak pasti benda tersebut.tak pakar kot.Keesokannya aku mengajak suami ke hospital colombia asia di kamunting untuk berjumpa pakar.dipendekkan cerita setelah scan dan doktor pakar tu memberitahuku bahawa ada cyst di ovari sebelah kanan yang harus dibuang kerana ia menganggu kesuburanku dan membolehkan ia penyebab sukar hamil.yang aku ingiat aku terus suruh doktor melakukan operation hari tu juga..Pergi pagi operate tengahari hari jumaat..

Friday 16 November 2012

anak syurga program alhidayah

sangat berkesan sungguh kata kata prof muhaya dlm alhidayah td.
ia membuatkanku melihatnya berulang-ulang kali.
katanya sangat menyentuh hati ku dan tanpa ku menyedari airmata ku gugur satu persatu.
Allah telah memilih ku untuk menjaga anak syurga ini yg mana sekiranya kita iaclihat sebagai satu ujiantetapi sebenarnya ia adalah satu anugerah dan tiket ke syurga...
ku mohon padamu ya allah berilah ku kekuatan dalam menjaga anak syurgaku ini...
sesungguhnya engkau tidak akan membebani hambamu sekiranya ia tidak mampu menghadapinya...
buat anakku,ingatlah bahawa ibu dan abah sangat menyayangi kakak ketat ketat...
Terima kasih dan syukur padamu ya allah kerana telah memberi ku peluang menjadi seorang ibu..
Akan ku galas tanggungjawab ini sebaik baiknya...thanks to allah...

Thursday 15 November 2012

anak sulungku...

amni najihah nama kuberi kepadanya..
amni bermaksud keamanan atau ketenangan
najihah pula bermaksud kejayaan
begitula tingginya harapan ibu padamu nak...sekaqng berusia setahun 11 bulan
membesar dengan caranya
yq yang tersenidiri
anak yang sangatbaik

salam perkenalan

ini blog kedua ku setelah blog yang pertama dah bersawang hingga kulupa passwordnye hehe.ingin berkongsi kisah suka dan duka ku.